SK PEKAN KENINGAU

SK PEKAN KENINGAU

Monday 30 May 2011

Kenali Warga SK Pekan Keningau

Berikut adalah gambar-gambar warga SK Pekan Keningau. Gambar-gambar ini dibuat dalam 2 slide. Semoga para ibubapa dan penjaga dapat mengenali warga pendidik yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Selain itu turut dimasukkan gambar-gambar Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) yang membantu pihak sekolah dalam urusan pentadbiran. Semoga slide ini dapat memberikan manfaat di dalam mengeratkan hubungan antara ibu bapa / penjaga dengan warga SK Pekan Keningau. InsyaAllah.

Slide 1 :



Slide 2 :


Thursday 26 May 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN

Bertarikh 26 Mei 2011, pihak sekolah telah mengadakan hari bertemu pelanggan. Pada hari ini, para ibubapa dan penjaga telah datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan Semester 1 / 2011. Pihak PIBG & sekolah mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang.... Teruskan usaha untuk mempertingkatkan prestasi & mengekalkannya. Para pelajar yang memperolehi keputusan kurang memuaskan, teruskan usaha anda dan jangan putus asa.... Ibubapa & guru-guru akan sentiasa membantu anda.... InsyaAllah. Selain itu ibubapa dan penjaga turut membayar yuran persekolahan anak-anak mereka.... Pihak sekolah mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas kerjasama yang diberikan....

Di bawah ini pihak biro IT & Publisiti PIBG SKPK sempat merakamkan suasana yang berlangsung pada hari ini.....






Tekun melayani penjaga yang hadir

Murid contoh 










 Sibuk menerangkan prestasi murid kepada penjaga



Wednesday 25 May 2011

MESYUARAT PIBG 2/2011

Pada 25 Mei 2011 jam 9.00 pagi hingga 11.25 pagi bertempat di Pusat Sumber, SK Pekan Keningau telah diadakan mesyuarat susulan PIBG. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan takwim PIBG bagi tahun 2011. Setiap ketua biro yang telah diamanahkan  membentangkan aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi tahun 2011. Didoakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah.



Monday 23 May 2011

BIDANG TUGAS PIBG

Bidang tugas PIBG merangkumi perkara-perkara berikut :

1. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.

2. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan murid-murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum, budaya sekolah dan bidang yang difikir perlu.

3. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran murid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.

4. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.

5. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.

6. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah ( budaya sekolah ) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani, rohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.

7. Membantu pembangunan fizikal ( infrastruktur ) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.

Mesyuarat Pertama PIBG SK Pekan bagi sesi 2011-2013

Bertarikh 21 April 2011 ( Khamis ), mesyuarat pertama PIBG telah berlangsung di Bilik Gerakan SK Pekan Keningau. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada YDP PIBG yang dilantik iaitu En. Amir Jani dan ucapan penasihat PIBG SK Pekan Keningau, En. Mohd Jaffrin Abdulman. Selain itu perkara utama yang dibincangkan adalah pembentukan AJK bagi biro-biro yang diwujudkan serta perbincangan takwim PIBG. Berikut adalah senarai AJK yang bertanggungjawab bagi setiap biro :

1. Biro Pendidikan : Pn. Subinih Jaafar.
2. Biro Ekonomi & Kebajikan : En. Baharuddin Ismail.
3. Biro Keceriaan & Kebersihan : Pn. Roslinah Atong (K) dan Pn. Lili Kadir.
4. Biro Keselamatan : En. Razali Bin Ariffin (K) & En. Rajalin @ Ramli Joseph.
5. Biro Teknologi Maklumat (IT) & Publisiti : En. Khairuddin Bin Ab Khalid.
6. Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan : En. Nordin Insan (K) & Pn. Siti Rodziah Yati Bt. Hj. Harun.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika mesyuarat pertama PIBG sesi 2011 - 2013 berlangsung :

YDP PIBG SK Pekan Keningau mempengerusikan mesyuarat








Perlantikan AJK Biro-biro PIBG & Penyampaian Fail :

 Biro Pendidikan : Pn. Subinih Jaafar

Biro Keceriaan & Kebersihan : Pn. Roslinah Atong

Biro Keselamatan : En. Razali Bin Ariffin

Biro Teknologi Maklumat (IT) & Publisiti : En. Khairuddin Bin Ab Khalid

Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan : En. Nordin Insan

Didoakan semua AJK yang dilantik dapat menjalankan amanah yang telah diberikan. InsyaAllah.

Pembubaran AJK PIBG 2009-2011 & Perlantikan AJK PIBG 2011-2013


Pada 26 Mac 2011 yang lalu,Mesyuarat Agong PIBG SK Pekan Keningau 2011 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna SK Pekan Keningau.Mesyuarat Agong dwi tahunan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan penyata Tahunan dan Kewangan , membubarkan AJK PIBG sesi 2009-2011 seterusnya melantik barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2011-2013.
            Pada pukul 7.30 pagi , urusetia dan warga SK Pekan Keningau sudah hadir untuk membuat persiapan terakhir bagi mesyuarat ini. Seterusnya pada pukul 7.45 pagi ibu bapa mulai hadir dan sesi pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi. Terdapat 3 buah kaunter pendaftaran dibuka untuk ibu bapa dan guru-guru SK Pekan Keningau. 
            Pada pukul 9.15 pagi acara dimulakan dengan majlis perkongsian ilmu oleh guru besar SK Pekan Keningau En Jaffrin bin Abdulman. Beliau menyatakan salam perkenalan yang pertama kepada para ibubapa yang hadir dalam mesyuarat yang pertama kali beliau hadiri di sekolah ini. Antara intipati ucapan beliau ialah tentang hubungan komunikasi yang berkesan antara ibubapa dengan guru dan anak,pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Seterusnya pada pukul 9.55 pagi tayangan slaid tentang aktiviti–aktiviti sekolah dipertontonkan kepada para hadirin sementara menanti ketibaan perasmi. Pada pukul 10.50 pagi, ketibaan  YB Datuk Haji Sairin Hj.Karno disambut dengan iringan paluan kompang menuju ke Dewan Serbaguna SK Pekan Keningau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ust. Abdul Razak Hj Yaakub diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
            Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Penasihat PIBG SK Pekan Keningau Encik Mohd Jaffrin Abdulman. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kepimpinan YB amat prihatin kepada pendidikan serta hubungan komunikasi di Keningau iaitu wujudnya Keningau FM. Selain itu, beliau juga ada menyatakan permohonan untuk pembaikan fizikal sekolah yang sudah daif dan uzur.
            Selepas itu, ucapan oleh YDP PIBG SKPK En Amir Jani. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YB walaupun mempunyai jadual waktu yang padat. Beliau menyatakan 3 permohonan pembaikan fizikal sekolah iaitu laluan berbumbung murid dan guru yang dianggarkan berjumlah RM20,000, pembinaan parit dan mengecat serta membaiki bangunan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM250,000.
Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Sairin Hj. Karno selaku wakil rakyat N.34 Liawan merangkap pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.Antara intipati ucapan beliau ialah tentang perbezaan pendidikan dahulu dan sekarang,hubungan ibu bapa dan guru serta bekerja dalam ’team work’.Beliau juga mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk membina laluan berbumbung guru dan murid.Manakala untuk permohonan yang selebihnya akan diusahakan untuk dibawa kepada Menteri Pelajaran.
            Persidangan bermula dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agong yang lalu oleh YDP PIBG. Kemudian diikuti dengan pembentangan Penyata Kewangan PIBG oleh Puan Alimah Yahya. Minit Mesyuarat Agung ini telah dicadang oleh En.Razali Arifin dan disokong oleh Puan Jurainah Anak Jingga.
            Selepas pengumuman pembubaran AJK PIBG Sesi 2009-2011, bermulalah sesi pemilihan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2011-2013.     Sesi pemilihan dan penamaan calon dijalankan bermula daripada jawatan tertinggi iaitu YDP, ,Naib YDP dan 9 AJK Tertinggi yang terdiri daripada 4 wakil Guru dan 5 wakil Ibu Bapa. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama calon berserta pencadang dan penyokong. Secara keseluruhannya proses pemilihan pada kali ini berjalan lancar .
                        Selepas itu, bermulalah sesi pembentangan dan perbahasan usul-usul. Usul pertama dikemukakan oleh En. Delsum iaitu meminta mengadakan program yang boleh meningkatkan prestasi UPSR kepada 85%.       
    
            Usul yang ke dua ialah cadangan daripada Puan Fredoline Lundo iaitu surat jemputan ibu bapa dilampirkan kertas untuk ditulis usul 2 atau 3 hari sebelum mesyuarat. Selain itu beliau juga menyatakan mengenai pakaian murid semasa aktiviti pendidikan jasmani.
            Usul yang seterusnya dikemukakan oleh Puan Alimah Yahya mengenai yuran PIBG perlulah dikutip RM10 setiap keluarga. Ini adalah kerana sudah 3 tahun yuran ini tidak dikutip.
            Manakala Puan Alimah Yan pula mengemukakan usul tentang masalah pintu tandas yang rosak. Usul yang terakhir ialah daripada Puan Fitah Sidin iaitu terdapat murid yang lewat pulang ke rumah kerana terlibat dengan latihan sukan dan kelewatan surat jemputan mesyuarat walaupun sebenarnya surat sudah diedarkan lebih awal.          
  
Selepas itu, sesi penggulungan disampaikan oleh YDP PIBG yang baru dilantik iaitu En.Amir Bin Jani. Beliau berharap agar barisan kepimpinan yang dipilih dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dapat menghadiri mesyuarat yang diadakan. Di samping itu, beliau berharap akan dapat merancang program penigkatan UPSR seperti yang telah dicadangkan.
            Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil sempena Mesyuarat Agong PIBG tersebut :

Pendaftaran Para Ibubapa / Penjaga & Guru

AJK Pendaftaran yang bertugas

YDP PIBG mendaftar

Timbalan YDP mendaftar

Menanti Ketibaan Perasmi







Ketibaan Perasmi



Ucapan Guru Besar SK Pekan Keningau, En. Mohd Jaffrin B Abdulman

Ucapan YB wakil rakyat N.34 Liawan, YB Datuk Hj. Sairin Hj. Karno

Cenderahati daripada SKPK kepada perasmi





Mesyuarat Agong PIBG dijalankan.










































 
SENARAI AJK PIBG SK PEKAN KENINGAU SESI 2011-2013

YDP : EN. AMIR BIN JANI
NAIB YDP : EN. MANAN NOOR
SETIAUSAHA : EN. KIFLEE BIN ITAH
PEN. SETIAUSAHA : EN. AZZIHAN B. RAMLI @ ISMAIL
BENDAHARI : PN. RAHIMAH SHAMSUDDIN
AJK :  EN.NORDIN INSAN
EN. KHAIRUDDIN ABD KHALID
PN.ROSLINAH ATONG
PN.LILI KADIR
EN.RAMLI@RAJALIN JOSEPH
EN.MAJUTI@RAZALI ARIFFIN
SARJAN BAHARUDDIN ISMAIL
PN.SITI RODZIAH YATI BT. HJ. HARUN
PN.SUBINIH JAFFAR

Didoakan semua AJK yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas, jujur & amanah. InsyaAllah.