SK PEKAN KENINGAU

SK PEKAN KENINGAU

Monday 23 May 2011

Pembubaran AJK PIBG 2009-2011 & Perlantikan AJK PIBG 2011-2013


Pada 26 Mac 2011 yang lalu,Mesyuarat Agong PIBG SK Pekan Keningau 2011 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna SK Pekan Keningau.Mesyuarat Agong dwi tahunan ini diadakan bertujuan untuk membentangkan penyata Tahunan dan Kewangan , membubarkan AJK PIBG sesi 2009-2011 seterusnya melantik barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2011-2013.
            Pada pukul 7.30 pagi , urusetia dan warga SK Pekan Keningau sudah hadir untuk membuat persiapan terakhir bagi mesyuarat ini. Seterusnya pada pukul 7.45 pagi ibu bapa mulai hadir dan sesi pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi. Terdapat 3 buah kaunter pendaftaran dibuka untuk ibu bapa dan guru-guru SK Pekan Keningau. 
            Pada pukul 9.15 pagi acara dimulakan dengan majlis perkongsian ilmu oleh guru besar SK Pekan Keningau En Jaffrin bin Abdulman. Beliau menyatakan salam perkenalan yang pertama kepada para ibubapa yang hadir dalam mesyuarat yang pertama kali beliau hadiri di sekolah ini. Antara intipati ucapan beliau ialah tentang hubungan komunikasi yang berkesan antara ibubapa dengan guru dan anak,pencapaian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Seterusnya pada pukul 9.55 pagi tayangan slaid tentang aktiviti–aktiviti sekolah dipertontonkan kepada para hadirin sementara menanti ketibaan perasmi. Pada pukul 10.50 pagi, ketibaan  YB Datuk Haji Sairin Hj.Karno disambut dengan iringan paluan kompang menuju ke Dewan Serbaguna SK Pekan Keningau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ust. Abdul Razak Hj Yaakub diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
            Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Penasihat PIBG SK Pekan Keningau Encik Mohd Jaffrin Abdulman. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kepimpinan YB amat prihatin kepada pendidikan serta hubungan komunikasi di Keningau iaitu wujudnya Keningau FM. Selain itu, beliau juga ada menyatakan permohonan untuk pembaikan fizikal sekolah yang sudah daif dan uzur.
            Selepas itu, ucapan oleh YDP PIBG SKPK En Amir Jani. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YB walaupun mempunyai jadual waktu yang padat. Beliau menyatakan 3 permohonan pembaikan fizikal sekolah iaitu laluan berbumbung murid dan guru yang dianggarkan berjumlah RM20,000, pembinaan parit dan mengecat serta membaiki bangunan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM250,000.
Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Sairin Hj. Karno selaku wakil rakyat N.34 Liawan merangkap pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.Antara intipati ucapan beliau ialah tentang perbezaan pendidikan dahulu dan sekarang,hubungan ibu bapa dan guru serta bekerja dalam ’team work’.Beliau juga mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk membina laluan berbumbung guru dan murid.Manakala untuk permohonan yang selebihnya akan diusahakan untuk dibawa kepada Menteri Pelajaran.
            Persidangan bermula dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agong yang lalu oleh YDP PIBG. Kemudian diikuti dengan pembentangan Penyata Kewangan PIBG oleh Puan Alimah Yahya. Minit Mesyuarat Agung ini telah dicadang oleh En.Razali Arifin dan disokong oleh Puan Jurainah Anak Jingga.
            Selepas pengumuman pembubaran AJK PIBG Sesi 2009-2011, bermulalah sesi pemilihan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2011-2013.     Sesi pemilihan dan penamaan calon dijalankan bermula daripada jawatan tertinggi iaitu YDP, ,Naib YDP dan 9 AJK Tertinggi yang terdiri daripada 4 wakil Guru dan 5 wakil Ibu Bapa. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama calon berserta pencadang dan penyokong. Secara keseluruhannya proses pemilihan pada kali ini berjalan lancar .
                        Selepas itu, bermulalah sesi pembentangan dan perbahasan usul-usul. Usul pertama dikemukakan oleh En. Delsum iaitu meminta mengadakan program yang boleh meningkatkan prestasi UPSR kepada 85%.       
    
            Usul yang ke dua ialah cadangan daripada Puan Fredoline Lundo iaitu surat jemputan ibu bapa dilampirkan kertas untuk ditulis usul 2 atau 3 hari sebelum mesyuarat. Selain itu beliau juga menyatakan mengenai pakaian murid semasa aktiviti pendidikan jasmani.
            Usul yang seterusnya dikemukakan oleh Puan Alimah Yahya mengenai yuran PIBG perlulah dikutip RM10 setiap keluarga. Ini adalah kerana sudah 3 tahun yuran ini tidak dikutip.
            Manakala Puan Alimah Yan pula mengemukakan usul tentang masalah pintu tandas yang rosak. Usul yang terakhir ialah daripada Puan Fitah Sidin iaitu terdapat murid yang lewat pulang ke rumah kerana terlibat dengan latihan sukan dan kelewatan surat jemputan mesyuarat walaupun sebenarnya surat sudah diedarkan lebih awal.          
  
Selepas itu, sesi penggulungan disampaikan oleh YDP PIBG yang baru dilantik iaitu En.Amir Bin Jani. Beliau berharap agar barisan kepimpinan yang dipilih dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dapat menghadiri mesyuarat yang diadakan. Di samping itu, beliau berharap akan dapat merancang program penigkatan UPSR seperti yang telah dicadangkan.
            Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil sempena Mesyuarat Agong PIBG tersebut :

Pendaftaran Para Ibubapa / Penjaga & Guru

AJK Pendaftaran yang bertugas

YDP PIBG mendaftar

Timbalan YDP mendaftar

Menanti Ketibaan Perasmi







Ketibaan Perasmi



Ucapan Guru Besar SK Pekan Keningau, En. Mohd Jaffrin B Abdulman

Ucapan YB wakil rakyat N.34 Liawan, YB Datuk Hj. Sairin Hj. Karno

Cenderahati daripada SKPK kepada perasmi





Mesyuarat Agong PIBG dijalankan.










































 
SENARAI AJK PIBG SK PEKAN KENINGAU SESI 2011-2013

YDP : EN. AMIR BIN JANI
NAIB YDP : EN. MANAN NOOR
SETIAUSAHA : EN. KIFLEE BIN ITAH
PEN. SETIAUSAHA : EN. AZZIHAN B. RAMLI @ ISMAIL
BENDAHARI : PN. RAHIMAH SHAMSUDDIN
AJK :  EN.NORDIN INSAN
EN. KHAIRUDDIN ABD KHALID
PN.ROSLINAH ATONG
PN.LILI KADIR
EN.RAMLI@RAJALIN JOSEPH
EN.MAJUTI@RAZALI ARIFFIN
SARJAN BAHARUDDIN ISMAIL
PN.SITI RODZIAH YATI BT. HJ. HARUN
PN.SUBINIH JAFFAR

Didoakan semua AJK yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan ikhlas, jujur & amanah. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment